MUHAMMAD ADLI BIN SALMIZI, D20212099215 Falsafah Pendidikan Kebangsaan mempunyai matlamat-matlamat yang ingin dicapai seperti mempercayai dan patuh kepada Tuhan, berilmu pengetahuan, memupuk perpaduan masyarakat berbilang kaum, berakhlak mulia, mempunyai sahsiah yang seimbang serta bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara. Jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi melalui FPK tidak terbatas kepada taraf pengajian ijazah atau diploma sahaja tetapi mendorong kepada pembentukan sahsiah diri secara seimbang dan menyeluruh agar menjadi insan yang bijak, bertanggungjawab, berbudi pekerti dan mampu memberi sumbangan kepada masyarakat mahupun negara. Oleh itu, guru wajib memainkan peranan bagi menjayakan keberhasilan pendidikan yang termaktub dalam FPK. Antara peranan guru ialah mengembangkan potensi dan mengasah bakat pelajar secara menyeluruh merangkumi semua aspek iaitu jasmani, rohani, emosi, dan intelek yang merupakan objektif utama FPK. Aspek jasmani dapat dicapai mel...