D) IMPAK PERANAN GURU KE ARAH MENCAPAI MATLAMAT PENDIDIKAN DI MALAYSIA

AHMAD ZAKWAN 'IZZUDDIN BIN MOHD NAZRI, D20212099212

Suatu unsur bitara yang tidak asing lagi dikalangan masyarakat dunia ialah pendidikan. Sebelum era kemerdekaan lagi, kerajaan Tanah Melayu telah mempunyai sistem pendidikan tersendiri yang mempunyai matlamat tersendiri. Pada era marcapada, pendidikan merupakan tunjang utama dalam pembangunan negara yang memerlukan sumber modal insan yang berkualiti yang berasal dari keberhasilan sistem pendidikan bagi mengikuti arus permodenan yang kompetitif. Oleh hal yang demikian, golongan diperlukan untuk merealisasikan hasrat ini ialah guru yang merupakan tunjang utama sistem pendidikan.

Umum mengetahui bahawa matlamat suatu sistem pendidikan itu berbeza mengikut era. Sistem pendidikan digubal untuk menyesuaikan dengan keperluan keadaan negara pada ketika itu. Semasa era masyarakat Melayu tradisi, matlamat pendidikan ketika merupakan keharmonian sistem dan fungsi masyarakat di samping mengukuhkan hirarki status dan warisan. Sistem pendidikan ketika itu berfungsi sebagai sokongan kepada pentadbiran diraja agar tamadun Melayu ketika itu harmoni dan stabil. Pada era penjajahan, sistem pendidikan ketika memfokuskan terhadap kehendak dan nilai penjajah. Melalui sistem penjajahan Inggeris, pendidikan formal yang telah dilaksanakan bagi menerapkan idealism isolasi, polarisasi, liberalisasi dan indoktrinasi.

Pada era 1990-an, Falsafah Pendidikan Negara telah diubah kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mempunyai pengfokusan matlamat yang berbeza. Falsafah Pendidikan Kebangsaan mempunyai matlamat yang dibahagikan 2 elemen, iaitu Intrinsik yang memfokuskan pembangunan modal insan dan Ekstrinsik yang menggalakkan sumbangan setiap warganegara terhadap masyarakat Malaysia.

Setelah menelusuri pelbagai perubahan sistem pendidikan, kerajaan telah melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang telah dilaksanakan sejak tahun 2013 lagi. PPPM merupakan suatu tunjang utama dalam usaha transformasi pendidikan ke arah pendidikan Malaysia bersaing dengan negara lain di peringkat antarabangsa. Jika dilihat dari sudut lain, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mewujudkan visi dan aspirasi dalam PPPM bagi mencapai hasrat tersebut. Bagi mencapai matlamat yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, terdapat 5 aspek yang wajib diterapkan dalam diri setiap guru bagi melahirkan modal insan yang berkualiti di Malaysia

Guru sebagai pendorong pemikiran aras tinggi

Guru merupakan suatu aset yang bernilai dalam usaha memupuk kemahiran berfikir aras tinggi. Hal ini demikian kerana pemikiran aras tinggi bakal melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi dalam Malaysia. Guru memainkan peranan menerapkan pemikiran aras tinggi ke dalam pelajar. Kemahiran berfikir aras tinggi dapat ditanam dengan membiasakan pelajar dengan soalan latihan yang mana jawabannya tiada di dalam buku teks. Hal ini memberi impak kepada pelajar supaya menggunakan akal dan ilmu yang telah ditimba dari sesi Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dengan mengaitkannya dengan situasi sebenar dalam kehidupan. Ini akan membuka minda pelajar untuk mengaplikasikan topik yang telah dipelajari ke dalam kehidupan sebenar, bukan sahaja semata-mata untuk cemerlang di dalam peperiksaan.

Guru juga bertanggungjawab memilih teknik yang lebih pragmatik dalam pengajaran sillibus bagi memudahkan kefahaman pelajar tentang topik yang dipelajari. Sebagai contohnya, guru boleh menggunakan teknik Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21) yang menggunakan cara pengajaran yang kreatif dan menarik. Teknik PAK-21 yang dinyatakan termasuk susunan meja pelajar PAK-21 dan teknik perbincangan yang menarik seperti Simultaneous Round Table dan Gallery Tour. Teknik ini bakal menarik minat pelajar ke dalam sillibus yang dipelajari kerana mereka dapat bekerjasama berbincang mengenai topik yang akan dirujuk dan difahami oleh pelajar kumpulan lain. Hal ini secara tidak langsung dapat memupuk semangat profesionalisme dan kerjasama dalam kalangan ahli kumpulan di samping memapankan lagi kefahaman pelajar dalam PdPc.

Guru sebagai pembimbing

Jika dilihat dari sudut lain, tugas guru itu bukan hanya pada mengajar silabus dan topik di dalam buku teks, namun guru juga bertanggungjawab mendedahkan pelajar terhadap cara menangani masalah yang dihadapi dalam kehidupan. Hal ini demikian kerana terdapat ramai pelajar yang mengalami kesukaran menyelesaikan masalah pada ketika dewasa dek kerana tidak mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah seharian. Oleh hal yang demikian, guru berperanan membimbing dan mengajarkan kemahiran asas yang tidak diajarkan dalam buku teks yang bakal membantu pembangunan insaniah pelajar itu supaya mereka akan menjalani kehidupan yang harmoni pada masa hadapan.

Selain itu, guru juga memainkan peranan dalam membimbing pelajar dalam aspek rohani. Kerohnian seseorang pelajar itu amatlah penting bagi membentuk akhlak dan pegangan mereka. Hal ini demikian kerana pegangan agama dapat mengukuhkan iman dan akhlak seseorang itu. Guru wajarlah memperingati pelajar mengenai pegangan rohani di samping mengajarkan mereka mengenai asas pegangan agama tidak kira agama masing-masing. 

Guru sebagai ‘Role-model’

“Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapa yang mencorakkannya”

Hal ini dapat dikaitkan dengan tugas seorang guru kerana mereka ibarat ibu bapa pelajar di sekolah. Golongan muda mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling mereka, terutamanya para guru yang merupakan punca ilmu bagi mereka. Oleh hal yang demikian, guru hendaklah memaparkan sikap profesional dan nilai murni sosial yang baik sepanjang bertugas di sekolah.

Pada waktu yang sama sahsiah tinggi seorang guru telah diterapkan dalam Falsafah Pendidikan Guru kerana guru yang berkualiti bakal melahirkan modal insan yang cemerlang pada masa hadapan. Sikap pekerti mulia itu secara lazimnya sudah sebati dengan sahsiah diri setiap guru. Dengan sikap pekerti mulia, guru secara tidak langsung menjadi agen perubahan sahsiah pelajar dengan keperibadian yang ditonjolkan terhadap pelajar. Hal ini dapat dibuktikan dengan sikap guru menolak anasir negatif seperti permainan video game multiplayer apabila diajak oleh pelajar. Kematangan guru memilih untuk menolak anasir buruk ini bakal dicontohi oleh pelajar dan akan mereka gunakan ketika dewasa. Maka, ketika mereka meningkat dewasa mereka akan pandai memilih haluan yang matang untuk kelangsungan hidup mereka.

Comments

Popular posts from this blog

A) KEPENTINGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA