ALEXIOUS JR ALEX, D20212099214 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara” BENTUK PENDIDIKAN Pendidikan berterusan atau pendidikan sepanjang hayat adalah sebuah konsep yang menekankan proses pembelajaran secara berterusan iaitu, seseorang akan dididik dan diajar melalui tiga elemen pendidikan iaitu pendidikan formal, pendidikan informal dan pendidikan nonformal. Proses ini boleh berulang di sepanjang hayat bagi seseorang bermula sej...
AHMAD ZAKWAN 'IZZUDDIN BIN MOHD NAZRI, D20212099212 Suatu unsur bitara yang tidak asing lagi dikalangan masyarakat dunia ialah pendidikan. Sebelum era kemerdekaan lagi, kerajaan Tanah Melayu telah mempunyai sistem pendidikan tersendiri yang mempunyai matlamat tersendiri. Pada era marcapada, pendidikan merupakan tunjang utama dalam pembangunan negara yang memerlukan sumber modal insan yang berkualiti yang berasal dari keberhasilan sistem pendidikan bagi mengikuti arus permodenan yang kompetitif. Oleh hal yang demikian, golongan diperlukan untuk merealisasikan hasrat ini ialah guru yang merupakan tunjang utama sistem pendidikan. Umum mengetahui bahawa matlamat suatu sistem pendidikan itu berbeza mengikut era. Sistem pendidikan digubal untuk menyesuaikan dengan keperluan keadaan negara pada ketika itu. Semasa era masyarakat Melayu tradisi, matlamat pendidikan ketika merupakan keharmonian sistem dan fungsi masyarakat di samping mengukuhkan hirarki status dan warisan. Sistem pendidika...
Comments
Post a Comment